Menulis cuma satu cara lain untuk

Meyakinkan bahawa ada seseorang di antara mereka, mendengar suaramu. Aku tak banyak bercakap sebab seorang cikgu masa sekolah rendah pernah tegur aku, katanya, mulut lanchang. Baiklah cikgu. Saya tak bercakap banyak dah. Dulu masa di sekolah rendah pun aku tak bercakap banyak. Dia anak yang pendiam, kata mak, bila aku terbisu di depan jiran, atauTeruskanTeruskan membaca “Menulis cuma satu cara lain untuk”

Selamat datang, sayang?

1. “Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage,” ujar seorang pendeta Cina setelah berkelana dari gunung sini ke gunung sana melalui hutan tebal melewati padang datar, mengelek berus, jilidan kertas kosong dan pelita, mencatatkannya tengah malam buta seakan menerima pencerahan terus daripada langit teratas. 2. Aku fahamTeruskanTeruskan membaca “Selamat datang, sayang?”

Tak semua akan dituliskan diucapkan. Sebahagian disimpan dipendam

Kepenatan. Beban kerja menghempap tanpa kasihan. Aku tak peduli pada dunia. Dan apa-apa. Semuanya. Bagiku hidupku. Bagimu hidupmu. Jangan katakan kita memikul sengsara yang sama resah yang serupa. Bahkan waktu antara kita tak malar. Kau. Kenapa masih berdiri sangsi. Tekan butang pada cerek letrik. Bancuh kopi dengan teh. Hirup dan katakan: tak sedap! Tuangkan keTeruskanTeruskan membaca “Tak semua akan dituliskan diucapkan. Sebahagian disimpan dipendam”

Cemara menderai sampai jauh

Sejujurnya lepas diterima masuk bekerja di sebuah syarikat terbit menerbit di Sri Damansara, saya tidak sekali belek jurnal kecuali hari itu. Sewaktu mimpikan Ed. Saya bangun dan catat sesuatu pada mukasurat, mungkin catatan mimpi, mungkin ingatan entah apa, mungkin luapan perasaan bodoh saya… * Tempohari sebelum perintah kurungan, saya dan Dolah pulang dari studio mengelekTeruskanTeruskan membaca “Cemara menderai sampai jauh”

Nyanyikan sengsaramu

Tidak aneh untuk berasa iri tatkala melihat sepasang kekasih asmara, berpimpin tangan di jalanan sedang aku dengan langkah deras melewati jendela-jendela kafe, melintasi jalan dalam desar-desur kendera, merenung ke dalam kaca kedai serbaneka—sendirian. Kita akan nak apa yang kita tak dapat. Kerapkali aku temui mereka, dalam keramaian dan sering juga aku berhasrat bertanya salah seorangTeruskanTeruskan membaca “Nyanyikan sengsaramu”

Dan kau akan selamat,

Bukan kerana ini malam tahun baru, baru aku ada masa untuk menulis. Tidak, bukan itu. Malam ini aku mengilas kembali senarai panjang perkara yang aku belum buat, kerja atau buku, tulisan atau terjemahan, perjalanan atau liburan. Semua yang tertangguh, tak siap, tak akan pernah siap. Deru kenderaan makin terdera di jalanan, merayap deras meninggalkanku. GregoryTeruskanTeruskan membaca “Dan kau akan selamat,”

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan