Pembelian

Nokturna (2018)

PrakataTiga Sajak dari Nokturna

melihatmu
aku ingin keluar
tetapi aku pintu.

Di kota tiada laut untuk melepaskan duka; di dalam kamar, tiada langit yang menampung kesepian.

Dalam resah dan kepul asap kelabu, Karim masuk ke dalam mimpi, membawa bagasi kata-kata dan mencipta dunia jendela ajaib yang menyimpan rahsia.

Pintu kamar telah dibuka. Masuk dan bacalah rahsia-rahsianya.

Hujan Bakawali di Rumah Tuhan II (2018)

Menulis di bawah pseudonim AK Kelana, terbitan Rumah Ripta.

Seperti kata-kata dan perasaan terpendam yang hanya mekar di waktu malam, dan kembali menyepi di waktu siang; Hujan Bakawali Di Rumah Tuhan menghimpunkan doa, harapan, rahsia serta luahan kepada Tuhan dari segala aspek kehidupan serta tulisan-tulisan religi yang digarap cantik dalam setiap prosa dan puisi.

Prosa dan puisi itu sendiri adalah sebuah penceritaan dan permintaan kepada Tuhan, kami berharap agar para pembaca menemui apa yang dicari dalam antologi ini. Selamat menikmati segala rasa yang bersembunyi dalam setiap susun kata. Semoga kita selalu terinspirasi, dan apa yang kami rangkumkan bakal mengungkap rahsia yang tersimpan di dalam hati.

Tukang Puisi (2018)

Antologi 55 Penulis Muda Malaysia

“Poetry is what gets lost in translation.”
-Robert Frost

Kita tidak mahu kehilangan bacaan terhadap peta kepenyairan negara. Darihal itu, dengan penuh kesedaran atas rasa tanggungjawab memastikan peta kepenyairan negara tidak terlupus sekali gus ikatan legasi kepenyairan tempatan berlangsung dengan lancar, Penerbitan Kata-Pilar terpanggil untuk meluncurkan naskhah Tukang Puisi ini sebagai sebuah antologi para penyair muda di bawah umur 40 tahun (pada tahun 2017 ketika projek ini dimulakan).

Dokumentasi ini dilihat sebagai sebuah ‘kerja sastera’ yang mustahak agar generasi, khalayak dan pencinta sastera tempatan sepuluh atau dua puluh tahun akan datang tidak ketinggalan daripada merujuknya bagi melihat dinamika perubahan gaya puisi yang wujud dalam ranah kepenyairan negara khususnya daripada kalangan para penyair muda baik melalui perbandingan kelompok ini dengan kelompok pada masa akan datang mahupun kelompok yang serupa di masa lalu seperti era 80-an dan 90-an.

Tukang Puisi Jan. 2019

Risalah suku tahun Tukang Puisi Isu 1: Jan 2019

Aku balerina hilang sepatu,
berdansa untuk melukakan kakiku.

Berpeluang menyelenggara siaran puisi setiap hujung minggu di Tukang Puisi dan menulis ulasan selain turut mewawancara Jack Malik sempena keluaran pertama ini.

Senarai harga

Nokturna (kulit lembut) RM20

Tukang Puisi RM20

Tukang Puisi Jan. 2019 RM10

Nokturna (kulit keras) RM30

HBRT II RM20

HBRT I + II RM30

Sebarang urusan pembelian, Whatsapp +60145174226 atau isi form:

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan